• Universiti Para Bedebah Merungkai Kritik Neoliberalisme Dalam Pendidikan Tinggi
  • Universiti Para Bedebah Merungkai Kritik Neoliberalisme Dalam Pendidikan Tinggi (1)
1

Universiti Para Bedebah: Merungkai Kritik Neoliberalisme Dalam Pendidikan Tinggi

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Universiti Para Bedebah: Merungkai Kritik Neoliberalisme Dalam Pendidikan Tinggi

Author: Wan Manan
Publisher: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)
Format: Paperback
ISBN: 9786297575704
Pages: 243 p
Weight: 400 g
Year: 2026
Price: RM45

Pada asasnya, ranking mengubah landskap universiti yang pada hakikatnya kompleks dan beragam menjadi satu tatanan hierarki yang seragam dan melalui proses reduksionisme ini, institusi pendidikan tinggi dilabel, dinilai, dan dikelompokkan berdasarkan satu indikator angka yang tunggal dan kelihatan objektif.

 Retorik seperti ‘kecemerlangan’, ‘daya saing global’, dan ‘universiti bertaraf dunia’ digunakan secara meluas untuk menjustifikasikan keputusan strategik yang menguntungkan segelintir elit, tetapi pada masa yang sama membebankan majoriti warga universiti.

 Oligarki akademik, oleh itu, bukan sekadar masalah dalaman universiti. Ia adalah persoalan asas tentang siapa yang berhak menentukan masa depan pengetahuan. Adakah ia akan terus dimonopoli oleh segelintir elit yang selari dengan logik pasaran dan kuasa negara, atau dikongsi secara kolektif oleh komuniti akademik yang pelbagai dan berakar dalam realiti sosial?