Tadbir Urus Tatatertib Peguam Syarie
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 26.00
Share
Tadbir Urus Tatatertib Peguam Syarie
Author: Hammad Mohamad dahalan, Nur Khalidah Dahlan & Mohamad Azhan Yahya
Publisher: UKM Press
Format: Paperback
ISBN: 9786294866423
Pages: 139
Weight:
Year: 2026
Price: RM26
Buku ini membincangkan mengenai tadbir urus tatatertib peguam syarie yang dilaksanakan dalam perundangan syariah bagi menangani isu salah laku peguam syarie di Malaysia. Kesemua isu-isu perundangan berkaitan kepeguaman syarie yang terkandung dalam buku ini wujud sebagai masalah semasa yang memerlukan penganalisaan terperinci. Analisa dibuat berdasarkan perundangan semasa yang diaplikasikan di mahkamah. Selain itu.
buku ini turut meneliti bagaimana prinsip-prinsip syariah boleh diintegrasikan dengan sistem prosedur tatatertib peguam syarie untuk memperkukuhkan lagi keadilan dan ketelusan dalam proses tatatertib. Penulis juga membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mengaplikasikan. tadbir urus tatatertib peguam syarie, termasuk halangan dari segi perundangan, sosial dan masyarakat. Melalui kajian kes dan contoh-contoh yang relevan, buku ini memberikan panduan praktikal kepada pengamal undang-undang, akademik dan pembuat dasar dalam usaha mereka untuk memahami pelaksanaan tatatertib peguam syarie di Malaysia. Buku ini menjadi rujukan penting bagi pengamal, pelajar dan masyarakat meningkatkan kefahaman mengenai bagaimana prosedur tatatertib peguam syarie dapat digunakan secara efektif dalam menangani isu-isu salah laku peguam syarie.
HAMMAD MOHAMAD DAHALAN, PhD, merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang pentadbiran Islam dan undang-undang penyelesaian pertikaian alternatif. NUR KHALIDAH DAHLAN, PhD, ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang kepakaran beliau ialah penyelesaian pertikaian alternatif, ekuiti dan undang-undang amanah dan undang-undang pelancongan. MOHAMAD AZHAN YAHYA, PhD, merupakan pensyarah kanan di Fakulti Undang-undang, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang undang-undang keterangan Islam dan undang-undang jenayah syariah.