Sungai Siput Pada Era Darurat 1948-1960
- Regular price
- RM 50.00
- Sale price
- RM 50.00
- Regular price
-
RM 50.00
Share
Sungai Siput Pada Era Darurat 1948-1960
Author: Jayakumary Marimuthu
ISBN: 9789834956530
Format: Paperback
Year: 2026
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Pages: 244pp
Weight: 0.3kg
Price: RM50
Zaman darurat telah mencatatkan sejarahnya sendiri dalam perkembangan sosial dan ekonomi negara. Pembunuhan tiga orang Eropah di Sungai Siput pada 16 Jun 1948 menyebabkan Undang-undang Darurat diisytiharkan di Ipoh dan Sungai Siput, Perak. Perisytiharan ini diperluas ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Darurat diisytiharkan serta-merta untuk meletakkan satu titik noktah terhadap ancaman komunis yang telah bermula sejak tahun 1947 lagi. Zaman darurat berterusan selama 12 tahun, iaitu sehingga tahun 1960. Ancaman komunis tidak terhad kepada pembunuhan dan serangan terhadap pengurus dan penolong pengurus ladang getah serta pasukan keselamatan, malah turut melibatkan serangan, ugutan, sabotaj dan pembunuhan orang awam, pembakaran ladang getah dan lombong bijih timah serta pemusnahan harta benda awam. Buku ini dihasilkan untuk memperkaya sejarah zaman darurat di negara ini. Lebih-lebih lagi, melibatkan kawasan Sungai Siput, tempat bermulanya zaman darurat. Dengan adanya buku ini, diharapkan rakyat Malaysia dapat memahami dengan lebih mendalam akan sejarah negara kita.