Sisa Sawit: Biotransformasi Proses Penghasilan Asid Suksinik
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sisa Sawit: Biotransformasi Proses Penghasilan Asid Suksinik
Author: Abdullah Amru Indera Luthfi, Jamaliah Md Jahim & Shuhaida Harun
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672429463
Weight: 0.294kg
Pages: 196
Year: 2020
Price: RM35
60% sisa pelepah sawit dibuang ke ladang selepas diproses. Sisa pelepah sawit sangat berpotensi untuk dibekalkan sebagai bahan mentah yang mampan bagi keperluan industri. la berpotensi dari segi kandungan karbohidrat yang tinggi (65.5% berat kering). Ini disebabkan karbohidrat berupaya ditukarkan kepada asid suksinik yang boleh dikomersialkan dengan nilai yang tinggi. Justeru, buku ini membincangkan secara terperinci bagaimana teknologi moden boleh menghasilkan asid suksinik daripada sisa buangan pelepah sawit. Teknologi biotransformasi proses penghasilan asid suksinik selanjar daripada pelepah sawit boleh dilakukan menggunakan bakteria Actinobacillus succinogenes. Pelepah sawit berstruktur dan tegar pada mulanya dihancurkan menjadi larutan gula menggunakan enzim. Keupayaan fermentasi larutan gula tersebut dinilai dengan A. succinogenes. Seterusnya, strategi imobilisasi bakteria melibatkan bahan komersial yang murah dicadangkan bagi meningkatkan mutu penghasilan asid suksinik. Karbon teraktif tempurung kelapa (CSAC) dibandingkan dengan kieselguhr, kerikil tanah liat, karbon teraktif arang batu (CAC) dan vermiculite untuk menilai potensi penggunaannya sebagai medium imobilisasi dalam penghasilan asid suksinik. Maka, sistem sel imobilisasi selanjar boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan mutu penghasilan asid suksinik, justeru mengurangkan masalah berkaitan dengan pelupusan sisa sawit di Malaysia dengan memanfaatkan penggunaannya kepada penghasilan asid suksinik.