Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 30.00
Worldwide shipping
Secure payments
Authentic products
Share
Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863
Author: Suzana Haji Othman
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834611538
Year: 2018
Weight: 0.523kg
Pages: 450
Price: RM30
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Lama yang merangkumi tanah besar Johor, Pahang, Singapura dan pulau-pulau yang terletak di selatan Singapura termasuk Riau dan Lingga tidak dapat lari daripada kepentingan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Institusi Bendaharanya.
Buku Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863 Masihi ini ditulis dengan matlamat untuk mendedahkan beberapa mercu tanda atau milestones dalam sejarah keluarga bendahara Johor-Pahang yang penting. Dengan mengambil peristiwa Perang Batu Sawar pada tahun 1613 sebagai permulaan kisah, iaitu melibatkan sejarah Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang, dilanjutkan kepada pergolakan dalam negeri Johor yang melibatkan siasah Laksamana Tun Abdul Jamil sehingga menaikkan nama Tun Habib Abdul Majid (mangkat pada tahun 1697) sebagai bendahara yang menyambung warisan keluarga (yang sebelum itu hampir tamat), dan Peristiwa Perang Bendahara Pahang pada tahun 1857-1863 pada zaman pemerintahan Raja Bendahara Tun Mutahir Tun Ali. Penulis berhasrat supaya sejarah suka duka keluarga bendahara yang terkandung di dalam buku ini dapat dijadikan iktibar dan teladan dalam mengharungi cabaran yang dihadapi oleh bangsa kita dan pada masa akan datang.Karya ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memaparkan beberapa peristiwa penting dalam sejarah hidup keluarga bendahara Johor Pahang seperti peristiwa peperangan Batu Sawar merupakan antara sebilangan besar peristiwa besar yang berlaku dalam keluarga bendahara.
×
×