• Capture96ply.PNG
  • Capture96ply
  • 99699277
  • 99699278
  • 99699277
  • 99699278
1

Radioaktif Semula Jadi Penunjuk Produktiviti Marin

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Radioaktif Semula Jadi Penunjuk Produktiviti Marin 

Author: Asnor Azrin Sabuti, Siti Munirah Johari & Che Abd Rahim Mohamed 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672429302
Weight: 0.332 kg
Pages: 215
Year: 2021
Price: RM35

Sejauh manakah pengetahuan anda tentang kandungan bahan kimia dan unsur nuklear yang wujud dalam ruang udara dan lautan kita? Pengukuran kepekatan aktiviti radionuklid semula jadi dan unsur surih telah dilakukan terhadap sampel aerosol (partikel terampai berdiameter kurang daripada 10 um atau PM, dan jumlah partikel terampai atau TSP) dan air hujan di sekitaran maritim serta air laut yang diperoleh semasa Ekspedisi Pelayaran Saintifik Perdana 2009 (EPSP'09) yang melalui kawasan Selat Melaka, Laut Sulu dan Sulawesi pada tahun 2009 hingga 2010. Analisis terhadap sampel adalah menggunakan kaedah penghadaman, pemisahan dan penulenan, dan diukur dengan alat Alfa Spektrometri buatan Canberra Inc., model Alpha Analyst dan pembilang gros alfa/beta buatan Canberra Inc., model XLB-5 Tennelec Series 5 bagi pengukuran radionuklid semula jadi dan alat inductively coupled plasma-mass spectrometry (ICP-MS) buatan PerkinElmer model ELAN 9000 bagi pengukuran unsur surih. Buku ini juga membincangkan dengan intensif variasi sumber kewujudan dan kandungan elemen kimia dan nuklear semula jadi terhadap perubahan monsun dan fenomena jerebu yang sinonim di Malaysia. Pengaplikasian kaedah statistik multivariat melalui Positive Matrix Factorization (PMF) menggunakan perisian EPA PMF 3.0 terhadap data unsur surih yang diperoleh telah berjaya mengesahkan empat sumber penting yang utama dalam PM 10 di ruang udara dan lautan Malaysia. Sumber endapan atmosfera ini adalah komponen penting bagi pencirian komposisi radionuklid pada permukaan laut yang telah merekodkan purata fluks yang lebih tinggi berbanding lautan utama yang lain di dunia.