• Perkhidmatan Kerajaan Elektrik Bersepadu Menerusi Pendekatan Keseluruhan Kerajaan
1

Perkhidmatan Kerajaan Elektrik Bersepadu Menerusi Pendekatan Keseluruhan Kerajaan

Regular price
RM 42.00
Sale price
RM 42.00
Regular price
RM 42.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Perkhidmatan Kerajaan Elektrik Bersepadu Menerusi Pendekatan Keseluruhan Kerajaan

Author: Mohamed Hairul Othman, Rozilawati Razali & Mohammad Faidzul Nasrudin
Publisher: UKM Press
Format: Paperback
ISBN: 9786294865891
Pages: 164
Weight:
Year: 2025
Price: RM42

Kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan E-kerajaan. Justeru, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan perkhidmatan E-kerajaan kekal relevan dan memenuhi keperluan sebenar rakyat serta sektor perniagaan. Walau bagaimanapun, cabaran dalam pelaksanaan E-kerajaan telah menyebabkan penurunan kepercayaan awam dan mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan. Fenomena ini antaranya disebabkan oleh kegagalan dalam integrasi perkhidmatan dan pertindihan fungsi antara agensi yang menyebabkan birokrasi. Sebagai penyelesaian, platform perkhidmatan E-kerajaan yang bersepadu berasaskan integrasi perkhidmatan perlu diwujudkan. Namun, integrasi hanya dapat direalisasi melalui pengukuhan kolaborasi antara pihak yang terlibat. Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk memperkukuh kolaborasi ini adalah pendekatan keseluruhan kerajaan. Oleh itu, karya ini memperkenalkan kerangka kolaborasi yang menumpu kepada pendekatan keseluruhan kerajaan. Kerangka ini bertujuan sebagai panduan terutamanya kepada agensi sektor awam dalam merangka strategi kolaborasi antara agensi bagi mewujudkan perkhidmatan E-kerajaan yang bersepadu.

MOHAMED HAIRUL OTHMAN (Ph.D) merupakan graduan Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini bertugas di sektor awam. Bidang perkhususan beliau adalah Pengurusan Strategik dan Pembangunan Ekosistem Digital berteraskan teknologi memuncul. ROZILAWATI RAZALI (Ph.D) merupakan Profesor Madya di Pusat Kajian Teknologi dan Pengurusan Perisian (SOFTAM), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Beliau mempunyai kepakaran dalam Kejuruteraan Perisian dan Pengurusan Perisian. MOHAMMAD FAIDZUL NASRUDIN (Ph.D) merupakan Profesor Madya di Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan (CAIT), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Beliau mempunyai kepakaran dalam Kecerdasan Buatan dan Teknologi Perisian.