Pengenalan Nahu Fungsional
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pengenalan Nahu Fungsional
Writer: Mohamad Fadzeli Jaafar
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834946548
Weight: 0.240kg
Pages: 190 pages
Year: 2024
Price: RM40
Buku ini mempersembahkan asas nahu fungsional dalam konteks bahasa Melayu. Asas tersebut merangkumi tiga komponen metafungsi bahasa yang dianjurkan oleh Halliday dalam nahu fungsional, iaitu interpersonal, ideasional dan tekstual. Kesemua metafungsi dibincangkan dari segi konsep dan aplikasinya terhadap wacana bahasa Melayu. Aplikasi yang dipaparkan dalam buku ini dapat membantu pembaca memahami cara bahasa digunakan dalam konteks tertentu. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar universiti, termasuk para guru, pensyarah dan penyelidik bahasa Melayu. Istilah linguistik yang lazim digunakan dalam nahu fungsional telah dijelaskan dengan berpada, dibantu oleh penggunaan data yang autentik, yang dicungkil daripada pelbagai sumber korpus bahasa Melayu. Buku ini boleh mencambah pemikiran tentang teori tatabahasa yang berkembang di Malaysia yang selama ini hanya diperkenalkan dengan teori tatabahasa tradisional, tatabahasa struktural dan teori nahu generatif. Maka, penerapan nahu fungsional dalam buku ini memperkenalkan teori nahu wacana, yang berorientasikan fungsi dan makna.