Pemikiran Dr. Mujahid: Kebangkitan Politik Rahmah
- Regular price
- RM 40.50
- Sale price
- RM 40.50
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Pemikiran Dr. Mujahid: Kebangkitan Politik Rahmah
Author: Mohd. Shah Abdullah & Cikgu Syazmir HN
Publisher: NUNJI
Format: Paperback
ISBN:
Pages: 282 p
Weight: 372 g
Year: 2025
Price: RM45
Dalam landskap politik Malaysia yang penuh gelora dan seringkali berubah pantas. muncul seorang tokoh politik dan ilmuan yang menawarkan naratif berbeza: politik berteraskan nilal, politik Rahmah, dan Islam Rahmatan III A'lamin (Islam: Rahmat Buat Seluruh Alam). Nukilan dalam buku ini menghimpunkan pemikiran, pengalaman dan visi beliau tentang Islam, politik dan masa depan Malaysia. Melalui wacana yang disajikan, penulisan ini berusaha menyingkap perjuangan untuk membawa Maqasid Syariah dari ruang akademik ke dasar negara melalui jalur siasah dan dakwah serta upaya membumikan politik nilai dalam gelanggang siasah.
Jika ia sebuah eskperimen siasah, tentu sahaja ia tertakluk kepada berjaya atau gagal. Hakikatnya, segala tantangan dan cabaran dalam mengurus sebuah negara moden yang memiliki kerencaman, maka segenap upaya ini harus dilihat sebagai proses pengislahan untuk membina sebuah masyarakat yang kukuh, mampan, mandiri, dan memiliki jati diri serta kesatuan dalam kepelbagaian. Segala cabaran mengurus masyarakat serba rencam dan serba ragam ini pasti lebih terasa dalam era ledakan revolusi teknologi digital dan kecerdasan buatan (Al) yang mempengaruhi manusia di seluruh pelusuk benua. Malaysia tidak terkecuali, Kesan dan dampaknya sudah pun torasa.
Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai seorang tokoh politik nasional yang sarat dengan idea dan wawasan segar sedaya upaya berikhtiar untuk membumikan gagasan murni tersebut dalam bentuk aksi tindakan amali dengan melihat Islam bukan sekadar kata-kata indah tetapi melihat segala sisi keindahan itu untuk diamalkan dalam bentuk kehidupan yang penuh keindahan. Beliau melihat politik sebagai wasilah sekali gus gelanggang untuk berdakwah bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada bukan Islam dan dunia global yang menghimpunkan kelompok penting dalam masyarakat jamak agama, kaum, dan budaya.
Beliau senantiasa komited dan kekal beriltizam untuk meneruskan legasi perjuangan membumikan "Islam Rahmatan lil'Alamin" (Islam: Rahmat Buat Seluruh Alam) yang disifatkannya sebagai kalis zaman, tempat dan masa. Gagasan ini akan terus relevan dan abadi bukan semata-mata sebagai mantra politik tetapi sekali gus mengisi cita-cita serta keperluan kehidupan insan sejagat.