Panduan Penulisan Penyelidikan Akademik
- Regular price
- RM 46.00
- Sale price
- RM 46.00
- Regular price
-
RM 46.00
Share
Panduan Penulisan Penyelidikan Akademik
Author: Sakinah Muslim
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Format: Paperback
ISBN: 9789834959517
Pages: 254
Weight:
Year: 2026
Price:
Secara keseluruhannya, kandungan buku ini telah disusun mengikut keperluan sebenar pelajar berdasarkan pengalaman penulis sebagai penyelia tesis, pemeriksa tesis dan pensyarah kaedah penyelidikan. Kesalahan yang kerap dilakukan, keraguan yang biasa dialami oleh pelajar serta soalan yang sering diutarakan oleh pelajar akan ditangani dengan penjelasan dalam setiap subtopik dalam buku ini. Buku ini membincangkan aspek-aspek penting dalam pelaksanaan dan penulisan akademik seperti konsep asas penyelidikan, proses penyelidikan yang sistematik, panduan pemilihan kaedah yang sesuai serta panduan penulisan setiap topik penting. Penulis turut memberikan tip untuk membantu pembaca mengatasi cabaran-cabaran yang sering berlaku dalam penulisan akademik. Setiap bab disertakan dengan contoh-contoh nyata dan langkah-langkah praktikal yang boleh dipraktikkan. Terdapat panduan ringkas pada setiap subtopik tentang kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dan bagaimana mengatasinya. Secara tidak langsung, perkara ini membolehkan pembaca memahami cara memperbaiki penulisan mereka sendiri.