Nasihat Buat Akhi Fillah
- Regular price
- RM 13.00
- Sale price
- RM 13.00
- Regular price
-
RM 13.00
Share
Nasihat Buat Akhi Fillah
Author: Dr Majdi Al-Hilali
Publisher: Muassis Publication
ISBN: 9789671498828
Weight: 117 g
Pages: 130 pp
Year: 2017
Price: RM13
Telah hadir kepadaku satu saat yang menyakitkan. Bahkan ada masanya aku berada dalam suatu fasa mehnah. Maka, janganlah engkau menjauhiku dan meninggalkanku meskipun kamu juga lebih teruji daripadaku. Sungguh, aku sangat-sangat berhajat untuk berada denganmu pada saat itu. Sekiranya engkau tinggalkan diriku bersendirian, nescaya gugurlah aku di penghujungnya. Kuatkanlah dirimu dan lupakanlah kesedihanmu, dekatilah aku, dan janganlah sesekali engkau tutup pintumu di hadapanku.
Aku sedang cuba melindungi diriku dari setiap sudut kerana syaitan pada saat ini akan menjadi lebih aktif dari kebiasaannya. Dia mempunyai pintu-pintu masuk yang tidak dapat dijangka dan dikira. Maka bantulah aku untuk menutup lorong-lorongnya dan janganlah pula engkau menjadi salah satu daripada pintu-pintunya.
Sedang aku usahakan untuk merapatkan jurang yang mungkin akan berlaku suatu hari nanti antara kita.
Marilah bersama-sama kita usahakan sesuatu untuk menambahkan kecintaan antara kita tatkala wujudnya apa jua permasalahan, kerana cinta itu mampu menguasai dan menyelesaikannya.