• Muslim di Bumi Mexico Genesis, Komuniti & Identiti
  • Muslim di Bumi Mexico Genesis, Komuniti & Identiti (1)
1

Muslim di Bumi Mexico: Genesis, Komuniti dan Komuniti Identiti

Regular price
RM 44.00
Sale price
RM 44.00
Regular price
RM 44.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Muslim di Bumi Mexico: Genesis, Komuniti dan Komuniti Identiti

Author: Nik Hasif
ISBN: 9786294866102
Format: Paperback
Year: 2026
Publisher: UKM Press
Pages: 234p
Weight: 0.4kg
Price: RM44

Muslim di Bumi Mexico: Genesis, Komuniti dan Komuniti Identiti menyingkap tabir perjalanan diaspora Muslim yang mengukir ruang budaya di tanah Latin yang jauh, namun kekal menjadi nadi kepada kesinambungar makna dan identiti. Di sebalik denting gitar mariachi, dominasi ajaran Katolik, dan warisan kulinari Mexico yang mendunia, bertapak sekelompok Muslim, baik migran, mualaf tempatan, mahupun pelarian yang menyulam kehidupan baharu serta memburu erti di luar arus tradisi.

Naskhah ini merakam jejak awal mereka dari langkah pertama para migran yang mendambakan peluang, hingga mualaf tempatan yang menemukan nur di sebalik samar bayang-bayang. Dalam mendepani cabaran sosial dan budaya, mereka berusaha menganyam sebuah komuniti yang utuh dengan mendirikan masjid, memperjuangkan pensijilan halal menyediakan tanah perkuburan, serta menganjurkan aktiviti keagamaan demi meneguhkan kehadiran lslam di bumi asing ini.

Bagaimanakah mereka mengadun identiti keislaman dalam kancah budaya yang berbeza? Bagaimana masyarakat setempat menerima mereka? Adakah dakapan penuh keterbukaan pandangan curiga atau penolakan dingin? 

Ini adalah sebuah kisah ketahanan dan adapfasi, tentang iman yang berakar teguh di tanah seberang, dan pencarian makna segelintir minoriti di bawah langit Mexico. Sebuah naratif diaspora yang tersembunyi, namun tetap bernyawa di balik ladang agave.