Mata Wang Kripto Menurut Perspektif Islam
- Regular price
- RM 42.00
- Sale price
- RM 42.00
- Regular price
-
RM 42.00
Share
Mata Wang Kripto Menurut Perspektif Islam
Author: Suffian Haqiem Nor Azelan, Asmak Ab Rahman & Mohd Shahid Mohd Noh
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Format: Paperback
ISBN: 9789834960230
Pages: 200
Weight:
Year: 2026
Price: RM42
Dalam dunia kewangan moden yang serba pantas, mata wang kripto telah muncul sebagai satu daripada inovasi paling mendapat perhatian pengguna. Dengan ciri seperti teknologi blockchain yang tidak berpusat, ketelusan transaksi, dan potensi untuk mengubah landskap kewangan global, mata wang kripto terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pakar kewangan, pengawal selia, dan masyarakat umum. Namun begitu, bagaimana mata wang kripto dinilai dari perspektif Islam? Adakah memenuhi prinsip-prinsip syariah seperti keadilan, ketelusan, dan kelestarian? Bagaimana hukum Islam memandang aset digital ini sama ada sebagai alat pertukaran, penyimpan nilai, atau sekadar satu spekulasi? Adakah mata wang kripto boleh diterima sebagai alternatif terhadap mata wang fiat yang sedia digunakan pada masa kini.
Buku Mata Wang Kripto Menurut Perspektif Islam membincangkan persoalan-persoalan ini secara mendalam. Penulis mengupas konsep asas mata wang menurut slam, menganalisis hukum syariah berkaitan, serta membandingkannya dengan teori kewangan konvensional. Dengan pendekatan yang seimbang, buku ini juga mengetengahkan fatwa ulama, cabaran, dan potensi mata wang kripto dalam sistem kewangan Islam. Jika anda seorang pelajar, penyelidik, atau pengamal kewangan Islam, buku ini menawarkan pandangan yang menyeluruh, kritikal, dan relevan terhadap mata wang kripto. Bagi membuka ruang dialog untuk memahami cabaran dunia kewangan moden melalui lensa syariah, sambil memberikan panduan ke arah penyelesaian yang sesuai dengan maqasid syariah. Adakah mata wang kripto masa depan kewangan Islam? Temukan jawapannya dalam buku ini.