Marxisme dan Sosialisme
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Marxisme dan Sosialisme
Author: Syed Farid Alatas
Translator: Nazhrin Faisal
Publisher: Lestari Hikmah
Format: Paperback
ISBN:
Pages: 68 p
Weight: 102 g
Year: 2026
Price: RM25
Namun begitu, pada zaman moden, sesetengah sarjana dan pemikir Muslim mempunyai kecenderungan terhadap sosialisme yang mereka menganggap jauh lebih sehaluan dengan nilai-nilai Islam berbanding dengan kapitalisme.
Dalam karya pelbagai pemikir Islam dianggap bahawa sosialisme itu sudah ada dalam Islam, dalam erti bahawa Islam sememangnya bersifat sosialis. Menurut mereka, pada umumnya tiada pertentangan antara Islam dan sosialisme. Yang ditentang Islam ialah jenis-jenis sosialisme tertentu. Di sini kita perlu membezakan antara sosialisme beragama dan sosialisme yang tidak beragama, seperti yang dilakukan oleh tokoh Jawa terkenal, Haji Omar Said Tjokroaminoto, dalam karya beliau yang berjudul Islam dan Sosialisme.
Menurut Syed Hussein Alatas dalam karya beliau yang juga berjudul Islam dan Sosialisme, kita sebagai orang Islam tidak seharusnya menyangkal pandangan materialisme dialektik secara keseluruhan, tetapi hanya segi-segi tertentu yang bertentangan dengan agama seperti fahaman materialisme dialektik mengenai asal-usul dan peranan agama, relativisme akhlak dan sebagainya.
Tambahan pula, sosialisme itu tidak seharusnya ditolak oleh sebab kaitannya dengan Karl Marx, pencipta materialisme dialektik. Ramai individu dan golongan masyarakat takut dengan gagasan-gagasan Marx dan Marxisme. Padahal, bukan segala pemikiran Marx bertentangan dengan Islam malah banyak gagasan penting telah dihasilkan oleh Marxisme yang dapat membantu kemajuan masyarakat kita.