• Cover_front_dkzm-f4
1

Maqasid Al-Shariah: Antara Nas dan Maslahah Suatu Pendekatan Sistem

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 50.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Maqasid Al-Shariah: Antara Nas dan Maslahah Suatu Pendekatan Sistem

Penulis: Ahmad Badri Abdullah

Penerbit: ILHAM Books

ISBN: 9789672007203

Year: 2018

Weight: 0.368kg

Pages: 280pp

Price: RM50

Karya ini cuba membuka dimensi baharu dalam perbahasan hukum Islam melalui pengintegrasian dengan bidang pemikiran sistem. Saya mendapati pendekatan ini amat menarik untuk diamati kerana memperlihatkan sifat wacana hukum Islam yang dinamik serta kemampuannya untuk berintegrasi dengan disiplin ilmu lain meskipun daripada tradisi yang berbeza. Ini turut membuktikan bahawa, Islam secara asasnya mampu berinteraksi secara positif dan harmonis dengan tradisi keilmuan Barat yang bukan sahaja dalam bentuk pertentangan dan konflik semata-mata.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IAISMalaysia

Saya telah meneliti karya yang ditulis oleh saudara kami, Dr. Ahmad Badri Abdullah, dan mendapati beliau telahmemberikan sumbangan yang bermanfaat dalam rangka pengaplikasian disiplin maqasid al-shari'ah, sebagai sebuah kajian lanjutan berkaitan bidang ilmu maqasid dan pemikiran sistem serta pendekatannya yang bersifat komprehensif dalam menangani sebarang isu. Permasalahan mendesak pada pola pemikiran Muslim dalam era moden ialah pemikiran berbentuk terpisah-pisah, reduksionis serta sempit. Bentuk pemikiran tersebut melihat realiti hanya menerusi limitasi sudut pandang yang sempit, dan hanya menilai sebarang peristiwa melalui perbandingan luaran yang cetek.

Prof. Dr Jasser Auda, Presiden dan Pengasas Maqasid Institute Global

Saya membaca dengan penuh minat buku ini yang menghidangkan perbahasan dan kupasan secara kritikal dan segarnmengenai hubungan antara nas dan maslahah menerusi neraca maqasid al-shari'ah. Wacana yang diketengahkan dalam buku ini membawa pembaca ke satu daerah perbahasan yang begitu menerujakan mentafsirkan hubungan antara nas dan maslahah dalam tradisi hukum Islam klasik dan pendekatan modenis dan post-modenist dalam konteks semasa. Ia menghuraikan pelbagaibpermasalahan yang sering kali menjadi polemik di kalangan sarjana maqasid al-shari'ah dan fuqaha tradisi dan kontemporari. Pendekatan penulis mengolah perbahasan yang penting ini dalam bahasa yang mudah dengan gaya penulisan tersendiri menjadikan karya ini mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri.

Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Dekan FakultiSyariah dan Undang-Undang, USIM

--------

Dr.Ahmad Badri Abdullah adalah Felo Penyelidik di International Institute ofAdvanced Islamic Studies Malaysia (IAIS) Malaysia. Beliau memperolehi IjazahKedoktoran (PhD) dalam kajian nas, maslahahdan maqasid al-shari’ahserta hubungannya dengan pemikiran sistem daripada Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya.

Untuk pengenalan lebih lanjut, boleh klik link di bawah:

Pandang Sisi Prof. Dr Jasser Auda

Kata Pengantar I Prof. Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil

Kata Pengantar II Prof. Madya Dr Zulkifli Hasan