• Malaysia Madani Perspektif Sosiobudaya
1

Malaysia Madani: Perspektif Sosiobudaya

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 40.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Malaysia Madani: Perspektif Sosiobudaya

Author: A. Aziz Deraman
ISBN: 9789834956158
Format: Paperback
Year: 2026
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Pages: 350pp
Weight: 0.5kg
Price: RM40

Gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 19 Januari 2023 mewakili enam nilai teras MADANI, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya cipta, Hormat, Keyakinan, dan Ihsan dicerakinkan sebagai kerangka dasar dan falsafah yang saling berkait serta bersepadu demi Malaysia yang lebih maju dan makmur. Malaysia Madani menggerakkan kesatuan bangsa Malaysia dari segi pemikiran, keilmuan, perspektif sosiobudaya, bahasa, sastera, kesenian tinggi, ekonomi, dan teknologi tanpa mengira agama, kepercayaan, budaya, adat resam, dan batas bahasa. Matlamatnya adalah untuk membina jati diri bangsa Malaysia serta keseimbangan dalam membangunkan ekonomi dan masyarakat sejahtera. Malaysia Madani diumpamakan sebuah bahtera besar bangsa Malaysia yang akan belayar jauh menempuh ujian gelombang kehidupan. Di dalam sebuah bahtera negara, para pemimpin dan rakyat harus sedar serta insaf, bijaksana mengharungi gelombang kehidupan, menyahut cabaran, sabar menempuh ujian, mensyukuri nikmat, dan meneliti hikmah yang tersembunyi. Malaysia Madani: Perspektif Sosiobudaya membincangkan perspektif budaya, perkaitan Malaysia Madani dengan jati diri bangsa, patriotisme, celik budaya, dan budi bahasa. Penulisannya merujuk sumber agama, falsafah dan nilai sosiobudaya warisan peradaban Melayu-Islam, sastera serta falsafah Cina dan Tamil klasik. Sifat Malaysia Madani akan menunjukkan masyarakat madani mengamalkan nilai sosiobudaya yang merentasi nilai budaya kaum. Dan, nilai yang baik ini akan berkembang menjadi nilai bersama yang menjelmakan citra kesatuan bangsa Malaysia.