Malaikat: Sifat & Tugas Mereka (Dwibahasa Arab-Melayu)
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Malaikat: Sifat & Tugas Mereka (Dwibahasa Arab-Melayu)
Author: Im?m Ism???l bin Kath?r al-Dimashq?
Publisher: Karya PIS
ISBN: 9789672910213
Page: 160 m/s
Year:
Price: RM23
Buku ini merupakan terjemahan bagi salah satu bab dalam kitab al-Bid?yah wa al-Nih?yah karangan Im?m ibn Kath?r (w. 774H). Bab yang diterjemahkan itu merupakan bab kedua yang diberi tajuk: B?b: Dhikr Khalq al-Mal??ikah wa ?if?tihim ?alayhim al-sal?m (Bab membahaskan fizikal dan sifat para malaikat – semoga All?h melimpahkan salam-Nya buat mereka).
Seperti yang tertera pada tajuk bab tersebut, bab ini membahaskan tentang fizikal serta ciri-ciri para malaikat. Im?m ibn Kath?r membawakan pelbagai dalil dalam menceritakan tentang sifat-sifat malaikat. Pembaca pasti akan teruja dan juga pada masa yang sama kagum serta serba sedikit berasa seram dan gerun akan ciptaan-ciptaan All?h ini, terutamanya perihal dua malaikat penyoal kubur.
Bab ini juga membahaskan tentang tugas-tugas para malaikat. Im?m ibn Kath?r membawakan pelbagai dalil yang menceritakan perihal tugas mereka. Pembaca pasti teruja untuk mengetahui kepelbagaian tugas yang All?h telah tetapkan buat mereka.
Dalam bab ini juga, dibahaskan juga tentang perbezaan pandangan para ulama salaf tentang kedudukan malaikat berbanding manusia. Siapakah yang lebih mulia kedudukannya? Manusia atau malaikat? Apakah dalil pihak masing-masing? In Sh?? All?h pembaca akan memperoleh jawapannya di bahagian penghujung buku ini.