• Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran Jilid 1
1

Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran Jilid 1

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 60.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran Jilid 1

Author: Fakhri Fadzli
Publisher: IMAN Publication
Format: Hardback
ISBN: 9786299470977
Pages: 400 p
Weight: 748 g
Year: 2026
Price: RM60

Sejak kecil kita diajar untuk mengaji Iqra' supaya kelak dapat membaca al-Quran dengan lancar. Walaupun sebutan kita tidak sempurna, kita akan tetap cuba membaca al-Quran sebaik-baiknya. Namun, kita juga selalu tidak berkesempatan untuk berhenti dan memahami apa yang kita baca.

Ada waktunya, kita berusaha memahamkan ayat berdasarkan terjemahan semata-mata. Tetapi, semakin dibaca, terasa semakin jauh pula.

Buku Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran ini hadir sebagai teman untuk mendekatkan semula diri kita kepada al-Quran, dengan pandangan yang lebih menyeluruh dan tersusun.

Jilid 1 menghimpunkan Juz 115 dan meneroka 18 surah awal, bermula daripada Surah al-Fatihah sehingga Surah al-Kahfi.

Setiap surah di dalam buku ini diperkenalkan dengan konteks dan gambaran besar, kemudian dipecahkan kepada beberapa kelompok ayat bagi membantu pembaca melihat kesinambungan makna dari satu ayat ke satu ayat, seterusnya juga dari satu surah ke surah yang lain.

Penulis turut memasukkan doa-doa terpilih, kisah-kisah yang dapat memberi renungan, serta indeks sirah para anbia; menjadikan buku ini amat sesuai sebagai panduan tambahan buat kita untuk lebih memaknai proses tadabbur yang dilalui sehari-hari.

Buku ini didatangkan dengan prakata daripada Sheikh Majd Makki, ulama tafsir dan hadis terkemuka Syria, yang juga merupakan anak didik kanan Sheikh Yusuf al-Qardhawi.