Konsep Fasad Al-Zaman dalam Hukum Muamalat Menurut Syarak
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 28.00
Share
Konsep Fasad Al-Zaman dalam Hukum Muamalat Menurut Syarak
Author: Muhammad Iqbal Roslee & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865303
Weight: 198 g
Pages: 123 pp
Year: 2025
Price: RM28
Buku Konsep Fasad al-Zaman dalam Hukum Muamalat Menurut Syarak merupakan sebuah karya ilmiah hasil daripada tesis peringkat Sarjana Pengajian Islam (Syariah). Karya ini membincangkan secara mendalam bagaimana konsep Fasad al-Zaman atau kerosakan zaman mempengaruhi perubahan dan penyesuaian hukum muamalat Islam dalam realiti semasa. Buku ini menyorot peranan perubahan akhlak, pegangan agama dan nilai masyarakat dalam menentukan relevansi serta keberkesanan hukum-hukum muamalat. Penulis mengupas pelbagai isu kontemporari seperti ta wī, saham bercampur, wasiat wajibah dan keperluan dokumen kontrak serta meneliti bagaimana perubahan zaman menuntut penyesuaian hukum tanpa mengabaikan prinsip asas syariah. Kekuatan buku ini terletak pada analisis kritis terhadap dalil-dalil syarak, perbincangan parameter perubahan hukum dan contoh aplikasi muamalat semasa yang berkaitan dengan Fasad al-Zaman. Buku ini sangat sesuai dijadikan rujukan oleh pengkaji, pelajar dan pengamal kewangan Islam yang ingin memahami cabaran serta transformasi hukum dalam konteks masyarakat moden.