Kombo A Mujahid Yusof Rawa
- Regular price
- RM 89.00
- Sale price
- RM 89.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Membumikan Rahmatan Lil 'Alamin: 22 Bulan Pentadbiran Islam di Putrajaya
Author: Mujahid Yusof Rawa
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007456
Weight:
Pages: 348
Year: 2021
Price: RM45
Rahmatan lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia adalah antara gagasan yang dimulakan oleh penulis sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) apabila kerajaan Pakatan Harapan dibentuk selepas kemenangan bersejarah 9 Mei 2018.
Dalam masa singkat, penulis telah berjaya menjadikan dasar baru pentadbiran Islam ini sebagai sikap rasmi Kerajaan Malaysia apabila mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu dan Kabinet Jemaah Menteri pada pertengahan 2019.
Buku ini memaparkan visi, misi dan hasrat pentadbiran Islam baharu tersebut, usaha serta cabaran yang dihadapi sepanjang penulis menjawat Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam. Namun akhirnya usaha ini terbantut apabila Kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020.
Selain menjawab isu-isu kontroversi sepanjang 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, penulis juga telah menggariskan cabaran demokrasi pasca Covid-19 dan daya ketahanan nasional yang diperlukan oleh Malaysia untuk terus melonjak ke hadapan.
=========================
Melangkah Ke Hadapan: Landskap Muslim Demokrat Di Malaysia
Author: Mujahid Yusof Rawa
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789672007234
Year: 2018
Weight: 0.215kg
Pages: 175pp
Price: RM35
Walaupun politikal Islam dilihat sebagai satu kuasa yang cuba bersaing secara demokrasi dengan parti-parti liberal-sekular di kalangan Muslim yang lainnya, kelompok Islam sering ditanggap sebagai kelompok yang tidak boleh dipercayai kerana kelompok liberal-sekular mendakwa politikal Islam hanya menggunakan demokrasi dan apabila menang akan menegakkan Negara Islam dengan melaksanakan hukum syariat. Golongan liberal-sekular amat menentang perjuangan ‘menegakkan syariat’ kerana menganggap bercanggah dengan hasrat negara yang demokratik.
Pertembungan ini menyebabkan golongan kelompok politikal Islam senantiasa dipandang serong sehingga usaha mendaftarkan parti politik bernuansakan Islam menjadi satu kesukaran walaupun mereka komited dengan proses demokrasi untuk membawa Islam melalui perjuangan politik. Suasana ini menyebabkan ahli politik Islam terpaksa menyegarkan identitinya kepada meyakinkan semua pihak bahawa mereka benar-benar mahukan sebuah negara yang demokratik dan menentang sebarang bentuk kaedah yang bercanggah dengan proses politik. Salah satu usaha ke arah tersebut ialah melalui identiti Muslim Demokrat yang merujuk kepada seorang ahli politik Islam yang memilih untuk berada dalam acuan demokrasi bagi memperjuangkan idealisme perjuangan berpandukan kepada keadilan dan kesaksamaan di samping memahami dengan jelas fiqh waqie’ atau fiqh lokal.
Dalam konteks Malaysia, fiqh lokal adalah Fiqh Siyasi Manhaj Malayzi atau Fiqh Politik Malaysia amat diperlukan kerana sifat fiqh adalah sesuatu yang cuba mendapat panduan agama dalam pengertiannya secara operasional dan untuk mendapat panduan, hukum-hakam berkenannya mestilah berpijak di bumi nyata dan acuan yang diterima ramai sebagai sistem pemerintahan yang dipakai.
================
Author: Mujahid Yusof Rawa
Page : 188 pp
ISBN: 9789671292440
Publisher: ILHAM Books
Published: 2015
Kepelbagaian merupakan satu kejadian alam yang membuktikan tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. Tiada sesuatu yang ada di muka bumi ini melainkan semuanya ditunjukkan dalam pelbagai bentuk, rupa dan pilihan. Kerencaman ini menandakan kejadian alam serta kejadian pada alam haiwan dan pada diri manusia sendiri.
Islam menerima realiti kepelbagaian (agama) secara wujudnya (existence) walaupun hanya Islam sahaja yang diyakini benar (oleh penganutnya) secara teologinya, amalannya dan syariahnya lantas bagi menjalani kehidupan dalam keadaan damai kerana wujudnya kepelbagaian agama yang berfungsi untuk menjadi konflik, Islam mewajibkan RahmatNya bagi mengatasi dan menguruskan wujudnya kepelbagaian yang ada (peacefull co existence).