• Kembara Dunia
1

Kembara Dunia: 100 Hari, 40 Syarahan, 15 Negara

Regular price
RM 120.00
Sale price
RM 120.00
Regular price
RM 120.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kembara Dunia: 100 Hari, 40 Syarahan, 15 Negara

Author: Zaini Ujang
Publisher: UTM PRESS
Format: Hardback
ISBN: 9789835222245
Pages: 542
Weight: 1.1 kg
Year: 2026
Price: RM120

Kembara Dunia: 100 Hari, 40 Syarahan, 15 Negara merupakan rakaman perjalanan bermula 16 April hingga 26 Julai 2025. Pelbagai peristiwa menarik dan refleksi istimewa dirakamkan dalam buku ini. Pelbagai tempat, universiti dan. institusi juga diperihalkan walaupun tidak secara menyeluruh. Dan tidak semua nama disebutkan. Selain buku ini, Kembara Dunia 2025 boleh diikuti menerusi hantaran dalam Facebook dan Instagram #100DayWorldLecture Tour.

Buku ini memaparkan perjalanan seorang tokoh sarjana yang sesuai untuk bacaan seluruh lapisan masyarakat. Refleksi dan perbualan yang dirakamkan menyerlahkan banyak rahsia kejayaan tokoh ilmu dan universiti ternama. Rahsia serta strategi negara maju juga dibincangkan, walaupun tidak semuanya mempunyai sempadan yang luas, rakyat yang ramai dan sumber alam yang lumayan. Pendidikan tinggi dan budaya ilmu, serta budaya yang positif menjadi pendorong langkah kemajuan.

Buku ini cuba menjelaskan kaedah berfikir seorang sarjana yang cuba memahami keadaan sesebuah masyarakat, atau tempat, khususnya menerusi Indeks Kebersihan dan Indeks Budaya Ilmu. Ada sistem dan cara yang perlu dimajukan sehingga akhirnya boleh terjawab soalan-soalan penting ketika dan selepas Kembara Dunia 2025: Negara mana yang lebih menarik? Institusi mana yang lebih maju? Apa rahsia negara kecil seperti Belanda dan Qatar menyerlah di persada dunia? Apa beza antara persekitaran dan budaya ilmu di Boston dan Oxford; antara Istanbul dan Oslo?