Kelestarian Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya
- Regular price
- RM 54.00
- Sale price
- RM 54.00
- Regular price
-
RM 54.00
Share
Kelestarian Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya
Author: Norfazila Ab. Hamid & Mohd Muhaimi Abdul Rahman
Publisher: UKM Press
Format: Paperback
ISBN: 9786294865686
Pages: 253 p
Weight: 387 g
Year: 2025
Price: RM54
Buku Kelestarian Penyelidikan Bahasa,Sastera Dan Budaya menghimpunkan tulisan-tulisan yang mengetengahkan bidang Pengajian Melayu dalam konteks semasa. Aspek-aspek seperti bahasa, sastera dan budaya yang dibincangkan dari sudut teori, falsafah, pemikiran, pemuliharaan, amalan dan pensejarahan. Buku ini diharapkan dapat menonjolkan kedinamikan sosiobudaya, ketinggian akal budi dan kerencaman kebudayaan masyarakat Melayu yang dikupas daripada perspektif Pengajian Melayu. Bab-bab dalam buku ini sebahagiannya merupakan kertas kerja yang telah dibentangkan dalam Kolokium Siswazah Bitara Melayu (KOSIMA 2024) pada 6 November 2024 di Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumbangan bab dihasilkan oleh para siswazah, penyelidik dan sarjana dalam bidang Pengajian Melayu. Subjek yang diperbincangkan agak komprehensif dan mencakupi aspek bahasa dan linguistik, keindahan gurindam dan nilai murni dalam syair serta isu konflik dalam karya sastera sejarah. Malah, sebahagian amalan dan warisan budaya masyarakat pribumi serta perkembangan seni perfilman Melayu turut diangkat sebagai subjek perbincangan menjadikan buku ini panduan komprehensif untuk memahami cabang-cabang utama dalam Pengajian Melayu masa kini.