Islam dan Al-Hadith: Dialog bersama Kassim Ahmad
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 37.00
Share
Islam dan Al-Hadith: Dialog bersama Kassim Ahmad
Author: Abdul Halim El-muhammady
Publisher: Penerbit Aras Mega
Format: Paperback
ISBN: 9789670520995
Pages: 238p
Weight: g
Year: 2022
Price: RM 37
Sesetengah penulis sangat berani mengemukakan idea - idea tertentu kepada masyarakat walaupun mereka sendiri masih belum memenuhi syarat asas penguasaan dalam bidang tersebut . Jika penguasaan masih belum sampai ke tahap yang memuaskan , penulisan yang terhasil akan mempunyai banyak kekurangan dari segi analisis , tafsiran dan rumusan . Jadi , buku " Islam dan al - Hadith : Satu Analisis ke atas Usaha - Usaha Merosakkan Peribadi dan Autoriti Rasulullah " ditulis untuk menjawab buku tulisan Kassim Ahmad iaitu " Hadis : Satu Penilaian Semula " di samping berhasrat memasyarakatkan ilmu al - Hadith kepada umum . Semoga kekeliruan dan fahaman salah yang telah wujud ekoran daripada penerbitan buku tersebut sedikit sebanyak boleh diberikan melalui penyediaan buku ini .
Pada amnya , buku ini terbahagi kepada tiga bahagian . Bahagian pertama melihat al - Hadith dari perspektif ilmu Islam , termasuk keperluan untuk memahami Bahasa Arab , serta kajian ke atas al - Hadith yang pernah dibuat oleh para orientalis . Selain itu , pembabitan Kassim Ahmad dalam konteks pengajian Islam dan al - Hadith turut diberi penilaian dan penjelasan . Bahagian kedua daripada buku ini membentangkan hujah dari segi metodologi , sumber autoriti dan sejarah pengumpulan al - Hadith bagi menolak buku " Hadis : Satu Penilaian Semula " . Bahagian ini mengandungi catatan - catatan daripada dialog yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa , Petaling Jaya , pada 28hb . Jun 1986 , anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) , bagi memperkatakan sikap dan pendapat Kassim Ahmad . Manakala bahagian akhir buku ini mengandungi hemat pandangan dan renungan terhadap novel " Satanic Verses " , olch Salman Rushdi , yang berguna untuk memaham