• 28f2480c5c06629b86f8de7bed780670
1

Industri Budaya Asia Tenggara Dan Korea Selatan

Regular price
RM 88.00
Sale price
RM 88.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products
Industri Budaya Asia Tenggara Dan Korea Selatan

Author: Azizah Hamzah & Seung-Ho Kwon

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674880743

Year: 2018

Pages: 495pp

Weight: 0.573kg

Price: RM88


Sejak tahun 2008, Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggesa supaya pada abad ke-21, semua negara dan masyarakat samada di kawasan yang daif atau di mana-mana kawasan di dunia harus membangunkan teknologi dengan menampilkan kreativiti dalam ekonomi dan budaya. Para pengkaji bidang ekonomi, media dan budaya mengakui bahawa industri budaya adalah salah satu sector ekonomi yang penting yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di negara-negara maju. Buku ini memaparkan perkembangan industri budaya tiga buah negara di Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan negara Korea Selatan. Bab-bab tentang Korea Selatan menunjukkan bahawa negara itu mempunyai persediaan yang sistematik terutamanya dengan penggubalan dasar kerajaan yang diperkenalkan selaras dengan perkembangan arus globalisasi yang membawa impak terhadap beberapa sektor industri pada awal tahun 2000 sehingga kini. Negara-negara Asia Tenggara menyedari bahawa industri budaya dan kreatif tidak dapat tumbuh segar tanpa sumbangan daripada golongan kreatif serta persekitaran yang menjadi platform subur yang memperkembangkan dan menghidupkan industri ini. Dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan ekonomi kreatif dalam era global, buku ini menghuraikan perkembangan industri budaya dan menyediakan fakta dan perangkaan ekonomi kreatif keempat-empat negara yang terlibat.