• 21
1

Historia: Sejarah Perubatan Dalam Tamadun Islam

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 40.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Historia: Sejarah Perubatan Dalam Tamadun Islam

Author: Dr. Ilman Razak
Publisher: Baytul Hikma
Format: Paperback
ISBN:
Pages: 197p
Weight: 415g
Year: 2023
Price: RM 40

Buku ini mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama merupakan pengenalan kepada kefahaman awal yang diperlukan sebelum dipanjangkan lagi inti perbincangan. Bagi memahami asal usul kepada pengamalan perubatan semasa gemilangnya tamadun Islam, seharusnya kita meninjau sejarah sebelumnya terdahulu. Agar kita tahu apakah yang baharu, apa pula yang diintegrasikan dan apakah yang dilarang penerusan amalannya.

Selanjutnya di dalam bahagian kedua, didatangkan pengenalan terhadap sejarah ilmu perubatan dalam peradaban Islam melalui tiga sudut; yang pertama melalui pengalaman perubatan dan erti kesihatan pada zaman Nabi ﷺ, keduanya melalui penelitian terhadap sumbangan tokoh fizishen tertentu dan yang terakhir adalah melalui peranan yang digerakkan oleh pemerintah dengan menelusuri sejarah pembinaan institusi perubatan yang bertanggungjawab di dalam memelihara kesihatan awam.

Dalam bahagian terakhir, dibawakan beberapa faktor yang pada hemat penulis merupakan sebab-sebab kepada kemerosotan tamadun dan ilmu pengetahuan di belahan dunia yang dipimpin oleh kaum Muslim mutakhir ini. Seterusnya disisipkan secara ringkas sejarah kelahiran perubatan moden yang berlaku di Barat tatkala malapnya sinaran penemuan sains tersebut di dunia Islam.