Hari-Hari Dalam Hidupku - Zainab Al-Ghazali
- Regular price
- RM 23.50
- Sale price
- RM 23.50
- Regular price
-
RM 23.50
Share
Hari-Hari Dalam Hidupku - Zainab Al-Ghazali
Author: Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili
Publisher: Pustaka Salam
ISBN: 9789679756388
Weight: 326 g
Pages: 238 pp
Year: 2022
Price: RM23.50
Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang pejuang dakwah masakini. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang menekankan kepentingan pendidikan Islam. Sejak daripada zaman remajanya lagi beliau telah bertekad untuk mewakafkan dirinya di atas jalan dakwah.
Beliau telah mengasaskan penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937. Tujuan penubuhan Jama'at Muslimat adalah untuk memberi pendidikan kepada wanita-wanita Islam, membantu keluarga-keluarga yang mana suami mereka telah dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.
Kegigihan serta keikhlasan beliau di atas jalan dakwah telah mempertemukan beliau dengan As-syahid Hasan Al-Banna, pengasas dan mursyid Ikhwanul Muslimin yang pertama. Pertemuan ini menyebabkan beliau kemudiannya memberi bai'ah kepada Hasan Al-Banna dan menjadi anggota Ikhwanul Muslimin.
Jamaah Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As-syahid Hasan Al-Banna pada tahun 1928 merupakan Jamaah Islam yang pertama selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniah di Turki pada tahun 1924.