• Hadis Siyasah
1

Hadis Siyasah: Konsep, Manhaj dan Aplikasi Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Hadis Siyasah: Konsep, Manhaj dan Aplikasi Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Author: Mohd Luqman Arif Sakri & Latifah Abdul Majid
Publisher: Penerbit UKM
Format: Paperback
ISBN: 9786294866485
Pages: 222p
Weight:
Year: 2025
Price: RM45

Secara umumnya, hadis adalah penjelas bagi al-Quran dan kedua-duanya adalah sumber hukum tertinggi yang mengatur setiap dimensi kehidupan manusia. Terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang siyasah sama ada disebutkan secara langsung perkataan siyāsah atau perkara-perkara yang berkaitan tentangnya seperti kepimpinan, politik, pentadbiran dan pemerintahan. Oleh itu, carian mengenai hadis siyāsah memerlukan kata kunci seperti imām, khalīfah, waliy dan amīr. Jika dicari dengan kata kunci siyāsah, maka hadis berkaitan siyāsah tidak akan ditemukan. Metodologi hadis siyāsah dalam disiplin ilmu usul fiqh berasaskan pada teori Maqasid al-Syariah seperti yang diterapkan oleh sebahagian sarjana Muslim moden bagi memperoleh pemahaman yang realisitik terhadap al-Sunnah termasuklah Abdul Hadi Awang. Metodologi fiqh hadis siyāsah menurut sarjana Usul Fiqh bersandar pada teori Maqasid Syariah yang prinsipnya adalah menghasilkan maslahah dan menolak mafsadah. Konteks pemikiran Abdul Hadi tentang al-Sunnah yang bercorak moderat dibentuk oleh tiga faktor utama; pendidikan, kerjaya dan persekitaran manakala metodologi fiqh hadis siyāsah Abdul Hadi adalah bersandar pada teori Maqasid al-Syariah. Teori tersebut diaplikasi oleh beliau melalui tiga peringkat; pensabitan hadis siyasah, pemahaman fiqh hadis siyāsah dan penerapan fiqh hadis siyāsah. Berdasarkan pada tema-tema hadis siyāsah yang telah dianalisis, didapati adanya realisasi Maqasid al-Syariah dalam setiap fiqh hadis siyäsah yang diaplikasi Abdul Hadi, seperti prinsip keadilan, persamaan, kemerdekaan, perdamaian, dan kemudahan. Metode yang diaplikasi Abdul Hadi memberi implikasi terhadap Ilmu Hadis, Fiqh dan Usul Figh dari sudut teoritikal. Manakala secara praktikal, penerapan fiqh hadis siyāsah memberi implikasi terhadap kehidupan sosial, politik, agama dan budaya dalam lingkungan internal umat Islam ataupun eksternal bukan Islam. Walaupun Abdul Hadi seorang sarjana Muslim moden dalam bidang al-Sunnah, namun metode yang diaplikasi oleh beliau dalam fiqh hadis siyäsah tidak bertentangan dengan metode yang digariskan oleh sarjana Muslim klasik dalam bidang usul fiqh.