Golongan Islamis dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
- Regular price
- RM 52.00
- Sale price
- RM 52.00
- Regular price
-
RM 52.00
Share
Golongan Islamis dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Author: Adibah Yasmin Alias, Jamaie Haji Hamil & Mohd Irwan Syazli Saidin
Publisher: UKM Press
Format: Paperback
ISBN: 9786294867123
Pages: 333pp
Weight: 0.5kg
Year: 2026
Price: RM52
Buku Pengaruh Golongan Islamis dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menelusuri perkembangan pemikiran dan gerakan Islam, bermula daripada tradisi islah dan tajdid sehingga kemunculan serta pengukuhan kelompok Islamis dalam landskap politik Malaysia. Karya ini memberi tumpuan kepada penglibatan, peranan dan pengaruh golongan Islamis dalam KEADILAN sejak tercetusnya Reformasi 1998 hingga tahun 2018. Melalui analisis yang mendalam, buku ini menghuraikan peralihan wacana daripada Islamisme konvensional kepada gagasan Post-Islamisme, Neo-Islamisme dan Muslim Democrat yang semakin mempengaruhi pendekatan politik kontemporari. Perbincangan turut menyoroti bagaimana aktivis yang berlatarbelakangkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) menyumbang kepada pembentukan identiti serta hala tuju KEADILAN sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang berteraskan nilai-nilai Islam sejagat dan kerangka Maqasid Syariah. Naskhah ini menawarkan pemahaman yang lebih menyeluruh tentang dinamika politik Melayu-Islam kontemporari, sekali gus menjadi rujukan penting kepada penyelidik, ahli politik, mahasiswa dan masyarakat umum yang ingin memahami cabaran serta transformasi gerakan Islamis dalam masyarakat majmuk Malaysia.