Gerakan Islah Rahmah Al-Yunusiyyah Kepada Wanita Minangkabau dan Tanah Melayu
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Gerakan Islah Rahmah Al-Yunusiyyah Kepada Wanita Minangkabau dan Tanah Melayu
Author: Nur Adila Mohamad & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294866003
Weight: 204 g
Pages: 130 pp
Year: 2025
Price: RM35
Rahmah al-Yunusiyah ialah seorang daripada ulama islah Minangkabau yang mempunyai peranan besar dalam islah pemikiran dan pendidikan Islam terutamanya melibatkan kaum wanita. Ketokohan Rahmah al-Yunusiyah diakui sebagai seorang tokoh pembaharuan. Ada yang menggelar beliau sebagai mujaddid. Beliau juga digelar sebagai 'Kartini Padang Panjang' di atas jasa dan sumbangan yang diberikan kepada bidang pendidikan Islam kaum wanita. Idea pembaharuan Rahmah al-Yunusiyah bukan sahaja memberi kesan kepada wilayah Minangkabau, malah ke seluruh Nusantara termasuklah Tanah Melayu. Al-Azhar menganugerahkan beliau gelaran 'syeikhah' atas jasanya dalam pendidikan wanita.
Buku ini mengupas tentang biografi Rahmah al-Yunusiyah, gerakan islah yang dilakukan Rahmah al-Yunusiyah di Minangkabau dan menganalisis kesan gerakan islah Rahmah al-Yunusiyah terhadap wanita di Minangkabau dan Tanah Melayu. Beliau berjaya memecahkan tradisi dan adat di masyarakat yang merendahkan taraf wanita. Selain itu, beliau berjaya membuat perubahan yang besar pada imej kaum wanita di Minangkabau. Beliau bukan sahaja menyedarkan ibu bapa supaya memberi pendidikan kepada anak perempuan, malah membuka ruang kepada anak perempuan dan wanita mendapatkan bukan sahaja pendidikan agama dan juga pendidikan kemahiran dan vokasional seperti menjahit, ilmu rumah tangga, kebidanan dan juga bermain peralatan muzik bagi meningkatkan taraf dan kedudukan mereka. Beliau juga memberi kesedaran kepada wanita untuk keluar bekerja dan menceburkan diri dalam semua bidang termasuklah dalam kegiatan politik. Ramai wanita mula berani untuk tampil kehadapan bagi menentang penjajah dan mendapatkan kemerdekaan di negeri masing-masing.