• my-11134207-7r98o-lvjqihxwxyzl8a
1

Furu' Al-Masa'il Wa Usul Al-Wasa'il, Masalah-Masalah Fiqh Terpilih Daripada Bab Al-Talaq

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 30.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Furu' Al-Masa'il Wa Usul Al-Wasa'il, Masalah-Masalah Fiqh Terpilih Daripada Bab Al-Talaq

Author: Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani

Translator: Kumpulan Penterjemahan dan Pengubah-Aksara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Publisher: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

ISBN: 9789832391593

Weight: 632 g

Pages: 306 pp

Year: 2021

Price: RM30

Buku Furu' al-Masa' il wa Usul a-Wasa' il - Masalah-Masalah Figh Terpilih Daripada Bab al-Talaq ini merupakan buku hasil kerjasama antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)  .  Buku ini merupakan tulisan asal ulama terkenal Alam Melayu iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani yang diterbitkan semula secara transliterasi jawi kepada tulisan rumi oleh Kumpulan Penterjemah dan Pengubah-Aksara JKSM, di samping olahan gaya bahasa yang lebih mudah difahami.  Selain itu, Kumpulan Penterjemah ini juga melakukan kerja-kerja pentahqiqan (semak semula) terhadap teks-teks asal kitab ini agar dapat diketahui pasti sebarang kesilapan-kesilapan cetakan atau sebagainya, supaya buku ini boleh diterbitkan dalam bentuk yang terkini.

Buku setebal 300 halaman lebih ini hanya memfokuskan kepada beberapa masalah fiqh yang terpilih sahaja daripada Bab al-Talaq yang merangkumi 10 isi kandungan utama iaitu bermula dengan Biografi Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, kemudian diikuti dengan pengenalan ringkas kepada kitab Furu' al-Masa 'il dan metodogi penulisannya.  Seterusnya disusuli oleh perbincangan tentang masalah-masalah Fiqh terpilih daripada Bab al-Talaq dalam lima bahagian iaitu: Bahagian I Tasawwur Umum, Bahagian II Keadaan Suami, Bahagian III Lafaz Atau Sighah Talak, Bahagian IV- Keadaan Suami (Persoalan-Persoalan Lanjutan), Bahagian  V- Keadaan Isteri, Bahagian VI Perceraian Ta'liq, Bahagian VII - Jumlah Hitungan Talak, dan Bahagian VIII (Persoalan-Persoalan Lanjutan).  Turut disertakan lampiran teks asal Bab al-Talaq yang dipetik daripada kitab Furu' al-Masa il wa Usul al-Wasa il cetakan al-Matba'ah al-Miiriyah al-Ka'inah bi Makkah al-Mahmiyyah-tahun 1316 Hijriyyah.

Diharap buku ini boleh menjadi antara bahan bacaan dan rujukan utama masyarakat Islam secara amnya, dan golongan agamawan khususnya, dalam menambah dan meningkatkan pemahaman tentang permasalahan talak.