Firasat
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Firasat
Author: Isa Kamari
Publisher: Jejak Tarbiah
Format: Paperback
ISBN: 9786297561936
Pages: 289
Weight:
Year: 2026
Price: RM40
“Adakah kemajuan akan memadamkan iman, atau firasat menjadi kemudi kepulangan?” Di celah kebingitan Singapura, Firasat, seorang noja masjid sederhana, menyimpan anugerah langka. Ketajaman mata batin miliknya membuatkan hidup bukan sekadar hitungan logik, tetapi naskhah kekuasaan Tuhan. Namun, ketenangan Firasat terusik apabila anaknya, Ilham mula melihat tanah warisan di Pasir Panjang sebagai aset bernilai 15 juta dolar. Di bawah tekanan pemaju licik, Ilham terpaksa membuat pilihan. Kemunculan Hazwani, tunangan Iham merangkap wartawan cekal menambah pergolakan sedia ada apabila dia memikul rahsia perubatan MRKH dan trauma jenayah seksual. Berjayakah Firasat menunjukkan jalan kepada Ilham? Adakah Ilham akan mengekalkan jati diri atau menumbangkan sejarah demi kondominium mewah? Mampukah Ilham dan Hazwani bersatu? Naskhah ini mengkritik tajam realiti Singapura moden. Daripada isu pertembungan nilai konservatif — liberal berkaitan LGBTQ, pemansuhan Akta 377A, kebergantungan kepada sistem politik GRC, hingga kegelisahan masyarakat minoriti yang terhimpit oleh kerakusan arus urbanisasi, Firasat dihidang sebagai renungan.