• Empayar 4 _ Hikayat Pemburu Naga
1

Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga

Author: Teme Abdullah
Publisher: IMAN Publication Sdn Bhd
Format: Paperback
ISBN: 9786299215905
Pages: 754pp
Weight: 800g
Year: 2026
Price: RM45

“Rentaka ada di Sundagema. Tiba masanya, engkau harus tuntut Rentaka, senjata pusaka keturunan engkau....”

Setelah merdeka daripada dijajah, Wilayah Kepayangan makmur di bawah kepimpinan Sastra. Sehingga kini, tiada seorang pun tahu hakikat sebenar dirinya yang merupakan putera yang melarikan diri dari istana. Negerinya aman damai, tetapi jiwa Sastra kacau-bilau. Dia semakin kerap dibayangi mimpi aneh. Ada suara yang menggesanya mencari Rentaka — senjata rahsia untuk menguasai dunia.

Dek bimbang ia terjatuh ke tangan yang salah, Sastra memulakan penjelajahan. Malangnya, tiada siapa yang tahu tentang Rentaka mahupun Sundagema. Sehinggalah muncul seorang nenek bongkok yang menempelak Sastra dengan amaran keras.

“Ini bukan tempat bagi kau! Barang siapa yang bukan berdarah Sundagema, maka muntahlah darah, putuslah nyawa!”

Sastra muncul di tempat aneh. Kesaktiannya menjadi pudar. Kini, dia harus berdepan dengan makhluk-makhluk yang belum pernah dilihat selama ini. Dalam masa yang sama, perang mula meletus dan nyawa rakyat diancam bahaya dari luar.

Berjayakah Sastra mendapatkan Rentaka, atau nasib rakyat akan jadi galang gantinya jika senjata keramat itu berjaya dimiliki musuh?