Di Sebalik Topeng Narsisistik
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 30.00
Share
Di Sebalik Topeng Narsisistik
Author: Bunga Ardhani
Publisher: USM Press
ISBN: 9786294600478
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2026
Price: RM30
Buku Di Sebalik Topeng Narsisistik membawa pembaca menyelami kehidupan Dahlia, seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan penuh derita bersama Azman, suami yang kelihatan sempurna di mata masyarakat. Di luar, Azman digambarkan sebagai lelaki penyayang, pemurah, dan mementingkan keluarga. Namun di sebalik pintu rumah, dia seorang manipulator yang licik, mengawal setiap langkah, menindas, dan mendera emosi isterinya. Sepanjang perkahwinan, Dahlia hidup dalam bayang-bayang kekejaman seorang suami yang menghidap Gangguan Personaliti Narsisistik (NPD). Hari demi hari, keyakinannya kian terhakis. Kepercayaan terhadap diri sendiri pudar, dan dunianya menjadi sunyi, terasing daripada mereka yang tidak memahami keadaannya. Namun di tengah-tengah keterasingan itu, Dahlia perlahan-lahan menemui semula kekuatan yang selama ini terpendam.
Buku ini bukan hanya mengisahkan penderitaan, tetapi juga perjuangan dan keberanian Dahlia memecahkan kitaran penderaan, melindungi anak-anak, dan membina semula kehidupannya daripada serpihan harapan yang berderai. Dalam pusaran cabaran dan manipulasi, mampukah Dahlia melepaskan diri daripada genggaman seorang suami yang narsisistik, lalu kembali mempercayai dunia di luar sana?
Buku Di Sebalik Topeng Narsisistik adalah sebuah kisah menyayat hati tentang trauma, keberanian, dan harapan. Ia menjadi suara kepada mereka yang hidup dalam penindasan senyap di sebalik tabir hubungan yang terlihat sempurna.