• Daya Hidup
1

Daya Hidup Dialek Melayu Sarawak

Regular price
RM 56.00
Sale price
RM 56.00
Regular price
RM 56.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Daya Hidup Dialek Melayu Sarawak

Author: Zuraini Seruji
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Format: Paperback
ISBN: 9789834958022
Pages: 205
Weight:
Year: 2026
Price: RM56

Buku ini menghimpunkan maklumat tentang latar belakang bahasa Melayu di Sarawak (DMS), 26 karya berkaitan, empat model penilaian daya hidup bahasa, dan lima teori perubahan bahasa. Kandungan buku ini turut memuatkan tinjadar daya hidup DMS serta kajian sifat leksikon DMS. Tinjauan kuantitatif mengenai daya hidup DMS dalam kalangan belia etnik Melayu Sarawak telah dijalankan di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri Sarawak. Dalam tinjauan ini, Model UNESCO (2003), GIDS (Fishman, 1991), dan EGIDS (Lewis dan Simons, 2010) telah digabungjalinkan. Tinjauan kualitatif yang berkaitan dengan sifat leksikon DMS dalam kalangan empat generasi keluarga kahwin campur pula dilaksanakan di daerah Kuching, Sarawak. Sifat leksikon DMS diteliti berdasarkan makna metafora, idiom, kata kacukan, kata serapan, kata rujukan, kata adjektif, dan kata tabu, melibatkan sebanyak 438 kosa kata. Selain itu, berdasarkan Senarai Swadesh, penulis menggunakan kaedah dialektometri untuk menentukan peratusan kata kognat dan jarak unsur kebahasaan antara DMS dengan bahasa Melayu baku (BMB). Peratusan persamaan kata kognat ialah 73.83%, yang dianggap sebagai perbezaan dialek. Peratusan jarak unsur kebahasaan pula ialah 23.29%, yang menunjukkan perbezaan pertuturan. Penghasilan skema pencergasan semula DMS amat penting kerana DMS telah mencapai Tahap 7: Beralih dan Pasti Terancam dalam model EGIDS. Generasi yang masih menguasai bahasa ini dengan baik menggunakannya sesama mereka, namun tidak menyampaikannya kepada generasi anak-anak. Penulis mencadangkan agar pemetaan daya hidup DMS dilaksanakan dengan penerapan lapan faktor dalam Model Penunjuk Daya Hidup Etnolinguistik (Landweer, 2016).