• 113110732
  • Baitul Maqdis dan Politik Normalisasi_1
  • Baitul Maqdis dan Politik Normalisasi_2
1

(PRA-TEMPAH) Baitul Maqdis dan Politik Normalisasi: Israel & Perubahan Diplomasi Arab

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Baitul Maqdis dan Politik Normalisasi: Israel & Perubahan Diplomasi Arab

Author: Syahmi Afiq
Publisher: Aksara Budi
Format: Paperback
ISBN:
Pages: 158pp
Weight:
Year: 2026
Price: RM35

Hubungan negara-negara Arab dengan Israel mengalami perubahan besar sejak Deklarasi Khartoum 1967. Perjanjian damai Mesir–Israel, proses Oslo dan Abraham Accords memperlihatkan peralihan daripada penolakan pengiktirafan kepada kerjasama diplomatik yang semakin terbuka. Perkembangan ini turut mengubah kedudukan Palestin dalam pertimbangan politik serantau apabila sebahagian negara Arab membentuk hubungan rasmi dengan Israel tanpa mensyaratkan penyelesaian terhadap penjajahan Palestin.

Melalui lima esei, Baitul Maqdis dan Politik Normalisasi meneliti perubahan tersebut dengan memberikan perhatian kepada peranan Amerika Syarikat, kepentingan politik negara-negara Arab serta pembentukan jaringan kerjasama ekonomi, teknologi dan keselamatan. Perbahasannya turut merangkumi kedudukan Baitul Maqdis, persoalan kedaulatan Palestin dan implikasi normalisasi terhadap susunan kuasa di Asia Barat.

Tufan al-Aqsa sejak Oktober 2023 memberikan dimensi baharu kepada perkembangan ini. Ketika hubungan diplomatik dan kepentingan ekonomi terus dipertahankan, persoalan tentang tanggungjawab negara-negara yang menjalinkan hubungan dengan Israel semakin mendesak.

Monograf ini menelusuri bagaimana normalisasi membentuk hubungan kuasa baharu di Asia Barat serta kesannya terhadap kedudukan Palestin dalam percaturan politik serantau.