• Asraf Raja Bahasa Tanpa Mahkota - Hardback
1

Asraf: Raja Bahasa Tanpa Mahkota

Regular price
RM 55.00
Sale price
RM 55.00
Regular price
RM 55.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Asraf: Raja Bahasa Tanpa Mahkota - Hardback

Author: Awang Sariyan
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
Format: Hardback
ISBN: 9789834956547
Pages: 226 p
Weight: 410 g
Year: 2026
Price: RM55

Asraf atau nama penuhnya Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab merupakan satu fenomena dalam sejarah bahasa dan persuratan Melayu. Tanpa kelulusan tinggi dan pendidikan formal dalam bidang linguistik, beliau muncul sebagai tokoh besar dalam bidang bahasa serantau. Judul biografi beliau ini menggambarkan kehebatan luar biasa itu, iaitu "Raja Bahasa Tanpa Mahkota". Kecendekiaan Asraf merentas mancabidang, iaitu selain bidang bahasa, beliau muncul sebagai tokoh sastera, terjemahan, perkamusan dan penerbitan. Antara jasa besar beliau termasuklah penetapan asas sistem ejaan Rumi baharu, perumusan sistem sebutan bahasa Melayu formal, penyatuan bahasa Melayu serantau, pejuang "Seni untuk Masyarakat", perintis bidang kritik sastera Melayu dan penggerak awal bidang terjemahan sastera dan karya ilmu dalam bahasa Melayu. Kisah hidup dan kecemerlangan Asraf ditulis oleh salah seorang yang amat rapat dengan beliau, sebagai murid, rakan sekerja, penulis bersama, rakan seperjuangan dan juga sebagai anak angkat beliau, iaitu Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan. Mudah-mudahan biografi ini dapat menjadi sumber motivasi kepada generasi muda di negara ini.