Akidah & Akhlak Muslim: Memperkukuh Pegangan Melestari Jati Diri
- Regular price
- RM 63.00
- Sale price
- RM 63.00
- Regular price
-
RM 63.00
Share
Akidah & Akhlak Muslim: Memperkukuh Pegangan Melestari Jati Diri
Author: Zakaria Stapa
Publisher: JAKIM
ISBN: 9789830427300
Weight: 286 g
Pages: 170 pp
Year: 2025
Price: RM63
Dalam keadaan semasa, sebagaimana dicatatkan oleh Pew Research Center (PRC), sebuah badan penyelidikan dan tempat simpanan fakta bersifat non-partisan yang berpangkalan di Washington DC USA, umat Islam di seluruh dunia sudah mencecah hampir 2 billion orang dan sekarang merupakan satu agama yang sedang pesat berkembang. Ini bermakna bahawa golongan manusia yang beriman kepada Allah SWT mempunyai jumlah yang cukup ramai, malahan menurut ramalan PRC juga, perkembangan pesat semasa, umat Islam akan mengatasi bilangan umat yang beragama yang lain dalam tempoh kurang lebih 40 tahun dari sekarang (PRC 2021). Namun begitu, persoalan utamanya di sini ialah, adakah kuantiti umat Islam yang ramai itu mempunyai personaliti yang berkualiti dan boleh dibanggakan yang sepatutnya mereka dimiliki oleh mereka dalam konteks mereka sebagai penganut agama Islam? Apakah nilai pegangan akidah dan gaya hidup mereka boleh mencerminkan penghayatan ajaran Islam secara syumul dalam kehidupan harian mereka?