Adik-beradik Gaza: Misteri Kebun Strawberi Baysan
- Regular price
- RM 12.00
- Sale price
- RM 12.00
- Regular price
-
RM 12.00
Share
Adik-beradik Gaza: Misteri Kebun Strawberi Baysan
Author: IF Moses & Arsyari Adnan
Publisher: IMAN Publication
Format: Paperback
ISBN: 9786297665115
Pages: 112 pp
Weight: 300 gsm
Year: 2024
Price: RM12
Strawberi kamu tu memang manis. Tak pernah lagi mak cik rasa strawberi semanis ni.
Pujian demi pujian yang diterima terhadap buah merah yang menjadi kegilaan orang kampung Baysan gembira. Apatah lagi apabila ada yang menyuruh meluaskan lagi tempat buah strawberi manis itu dijual.
Namun, Baysan risau kerana tiada orang yang boleh membantunya di kebun. Hendak minta bantuan Nazareth? Harapkan tampan dan pandai menari sahaja, namun takut pada serangga dan ulat!
Sehinggalah suatu hari, ada tragedi buruk menimpa kebun strawberi kesayangan Baysan!
Mampukah Nazareth sebagai abang mengatasi rasa takutnya demi membantu Baysan dan menyelamatkan keadaan, sekali gus menyelesaikan misteri yang melanda kebun tersebut?