• Adab Berbeza Pendapat Dalam perkara Furuk
1

Adab Berbeza Pendapat Dalam perkara Furuk

Regular price
RM 19.00
Sale price
RM 19.00
Regular price
RM 19.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Adab Berbeza Pendapat Dalam perkara Furuk

Author: Azizan Abdul Rahman
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834956462
Weight: 122 g
Pages: 82 pp
Year: 2026
Price: RM19

Banyaknya perbezaan pendapat atas dasar kebenaran itu adalah lebih baik daripada bersepakat atas dasar kebatilan. Dalam tradisi keilmuan Islam, perbezaan pendapat bukan suatu kelemahan tetapi rahmat, keluasan, dan bukti kesuburan intelektual umat. Namun begitu, apabila adab diketepikan dan emosi mendominasi diri nescaya perbezaan pendapat menjadi racun yang membunuh kebebasan berfikir dan memecahbelahkan kesatuan ummah.

Buku ini membimbing pembaca menelusuri akar perbezaan pendapat dalam hal cabang agama (furuk), serta untuk memahami adab secara hikmah oleh generasi awal Islam dan para ulama muktabar. Bermula dengan definisi asas dan justifikasi syarie perbezaan pendapat, buku ini memperincikan faktor, prinsip serta batasan yang mesti dihormati dalam wacana khilaf.

Melalui lima bab, pembaca akan diajak untuk memahami perbezaan sebagai realiti tabii ciptaan Ilahi. Menghormati hak individu tanpa tergelincir dalam semangat takfiri. Mengambil iktibar daripada sikap adil para ulama terhadap sesama Ahl al-Qiblah. Merenung semula jalan persatuan ummah di tengah cabaran politik moden.

Ditulis dalam gaya ilmiah namun mudah difahami, karya ini sesuai untuk para penuntut ilmu, pendakwah, pemimpin masyarakat dan sesiapa sahaja yang mendambakan keharmonian dalam kepelbagaian. Dalam era globalisasi dan berpolarisasi, buku ini datang tepat pada waktunya bukan untuk menamatkan perbezaan, namun untuk mendidik cara berbeza secara beradab.