Teori dan Praktis Guru Inovatif Bahasa Arab
- Regular price
- RM 50.00
- Sale price
- RM 50.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Teori dan Praktis Guru Inovatif Bahasa Arab
Author: Rozaini Tukimin & Nik Mohd Rahimi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865129
Weight: 313 g
Pages: 205 pp
Year: 2025
Price: RM50
Guru Inovatif Bahasa Arab sentiasa aktif mencipta bahan inovasi pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Dua peranan utama yang dimainkan oleh guru inovatif, iaitu peranan sebagai innovator dan kedua sebagai adaptor. Peranan sebagai innovator ialah mereka mencipta bahan inovasi baharu untuk pengajaran manakala peranan sebagai adaptor pula, mereka mengubah suai bahan pengajaran sedia ada kepada bentuk bahan inovasi baharu. Dalam buku ini, Guru Inovatif Bahasa Arab berkongsi pengalaman bagaimana menjadi innovator dan adaptor. Terdapat banyak tips yang diberikan oleh Guru Inovatif Bahasa Arab yang boleh dimanfaatkan oleh semua guru, bukan sahaja guru Bahasa Arab. Hasil bahan inovasi Guru Inovatif Bahasa Arab ini telah banyak diguna sama oleh guru lain dalam kelas pembelajaran. Sebahagian guru menggunakan bahan inovasi tanpa mengubah suai dan sebahagian mengubah suai ikut kesesuaian dan keperluan murid. Hal ini menunjukkan bahan inovasi Guru Inovatif Bahasa Arab ini 'laris' dalam pasaran dunia pendidikan.