Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden
Author: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Publisher: Iman Publication
ISBN: 9786299628583
Year: 2026
Pages:
Weight:
Price: RM35
“Betulkah apa yang mereka kata? Siapa yang aku patut dengar?â€
Kita hidup dalam dunia yang dipenuhi maklumat. Semuanya di hujung jari. Semua kita boleh tahu.
Apabila sebuah isu bangkit, yang tahu akan bersuara, yang tidak tahu juga mahu bersuara. Malah, pendapat yang diterima ramai itulah yang bercanggah dengan agama dan moral.
Realitinya, walau sekarang manusia tahu banyak perkara, mereka juga kehilangan kemampuan untuk berfikir dengan tertib dan beradab.
Dalam buku ini, Ustaz Hasrizal mengajak kita untuk kembali semula kepada Iqra’; seruan pertama dalam Islam. 1400 tahun dahulu, kesesatan jahiliah diselesaikan dengan wahyu ini, maka inilah juga kunci penyelesaian krisis maklumat yang sedang kita hadapi.
Iqra’, ialah sebuah cara fikir yang dapat memulihkan kecelaruan fikiran dan membawa kita kepada ilmu rushda: ilmu yang menyuluh jalan dan memberi petunjuk ke arah kebenaran.
Buku ini juga ditulis dengan sebuah keyakinan bahawa jika kita kembali kepada agama, kita pasti dapat menemui semula kebenaran, keseimbangan, dan kemanusiaan yang hilang.