• 99696573
  • 99696574
  • 99696573
  • 99696574
1

Metodologi Terpilih Dalam Geografi

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Metodologi Terpilih Dalam Geografi

Editor: Firuza Behgam Mustafa
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674882327
Weight: 0.382kg
Pages: 224
Year: 2022
Price: RM60

Metodologi penyelidikan adalah satu kerangka penting yang menjelaskan prosedur dan tatacara sesuatu kajian dilakukan. Pemilihan sesuatu metod kajian merupakan aspek utama dan nadi penting kerana ia akan melaras jurus hasil kajian kepada perspektif yang tertentu serta menentukan kebolehpercayaan dapatan kajian. Metodologi merangkumi tatacara sesuatu kajian dilakukan bermula dari pemilihan kaedah penelitian kajian, parameter yang akan diukur atau dihitung, jenis data yang diperlukan, jumlah data, kaedah pemungutan data, kaedah analisis, interpretasi dan huraian dapatan. Peranan metodologi kajian dalam penyelidikan geografi untuk meningkatkan kecekapan penyelidikan dengan penggunaan kaedah penyelidikan yang tepat dan sistematik serta memudahkan tugas penyelidikan dan meningkatkan potensi kejayaan kajian.
    Metodologi Terpilih dalam Geografi merupakan sebuah buku yang mengandungi kaedah dan teknik dalam kajian geografi. Ia merupakan himpunan metod penting yang meliputi kajian bidang geografi fizikal dan manusia serta gabungannya. Buku ini ditulis oleh pengarang yang terdiri daripada ahli akademik yang pakar dalam bidang geografi di Universiti Awam Malaysia.  Kaedah metodologi yang terkumpul dalam buku ini merupakan yang pertama seumpama ini  khususnya yang ditulis dalam bahasa Melayu. Buku ini merupakan panduan metod yang komprehensif, sistematik dan terbaharu. Justeru, buku ini merupakan panduan sangat penting sebagai rujukan utama di semua peringkat penyelidikan.