Edisi Karya Malar Segar Sasterawan Negara: Keberangkatan - Zurinah Hassan
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Edisi Karya Malar Segar Sasterawan Negara: Keberangkatan - Zurinah Hassan
Author: Zurinah Hassan
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834945282
Weight: 190 gm
Pages: 51 pp
Year: 2024
Price: RM35
Pada awal tahun 1967, sajak Zurinah Hassan mula tersiar di Warta Negara dan Utusan Zaman. Dalam Utusan Zaman inilah, pengelola ruangan sajak, iaitu Zakry Abadi memberikan bimbingan yang membina kepada beliau. Bermula dari situlah Zurinah Hassan menganggap menulis bukan lagi sebagai hobi tetapi satu tanggungjawab. Beliau telah memenangi Hadiah Karya Sastera (1982/1983) bagi empat sajak, iaitu "Satu Cerita Cinta", "Yang Pasti", "Satu Percakapan Singkat dengan Teman Penyair" dan "Puisi Cinta yang Lain". Cerpen beliau yang turut memenangi Hadiah Karya Sastera ialah "Dari Hati ke Hati" (1975) dan "Nenek" (1982/1983). Kumpulan puisinya, Pujangga Tidak Bernama memenangi Hadiah Sastera Perdana (1994/1995). Sajak beliau, "Kuda Hitam" telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) (1996/1997) manakala cerpennya, "Bendang Lahuma" telah memenangi HSPM (1998/1999). Karyanya, Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi telah memenangi HSPM (2002/2003).