Pengenalan Kewangan Sosial Islam: Komuniti Lestari Berpanduan Wahyu
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pengenalan Kewangan Sosial Islam: Komuniti Lestari Berpanduan Wahyu
Author: Pusat Penyelidikan Kwangan Sosial Islam UniSZA
Publisher: Penerbit UniSZA
ISBN: 9786299586906
Year: 2025
Pages: 118
Weight: 205g
Price: RM30
Pusat Penyelidikan Kewangan Sosial Islam atau Islamic Social Finance Research Centre (ISF) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mula beroperasi secara rasmi pada Januari 2025 sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang memfokuskan kepada penyelidikan, pembangunan ilmu, perkhidmatan dan inovasi dalam bidang kewangan sosial Islam. Berlandaskan prinsip Magasid Syariah serta nilai-nilai keadilan dan kesejahteraan sejagat ISF beraspirasi untuk menyumbang secara aktif kepada pembangunan sosial ekonomi masyarakat melalui penyelidikan dan konsultasi berimpak tinggi. Sebagai sebuah platform strategik, ISF berperanan menghubungkan pelbagai pemegang taruh seperti majlis agama Islam negeri, institusi kewangan Islam, serta badan-badan berkepentingan lain yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dan pembangunan kewangan sosial Islam di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Karya Pengenalan Kewangan Sosial Islam: Komuniti Lestari Berpandukan Wahyu merupakan penerbitan sulung ISF. Buku ini menghimpunkan topik topik asas yang merangkumi konsep kewangan sosial Islam, perbankan Islam, kewangan mikro Islam, zakat, wakaf serta pendanaan awam. Menyedari bahawa istilah "kewangan sosial lslam" masih baharu dalam wacana arus perdana, buku in dihasilkan bagi memberi pendedahan awal, sesuai untuk pelbagai latarbelakang. Meskipun disusun dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami, buku ini merangkumi perbahasan teori serta aplikasi semasa yang menjadikannya sesua untuk digunakan sebagai modul pengajaran mahupun bahan rujukan akademik yang berstruktur.
Barisan penulis:
1. Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrul lfwat Bin lshak
2. Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Bin Adnar
3. Prof. Madya Dr. Nadhirah Binti Nordin
4. Dr. Nur Syahirah Binti Mohammad Nasir
5. Dr. Nooramira Binti Ghazali
6. Dr. Farah Amalina Binti Md Nawi