• 99688368
  • 99688369
  • 99685051
  • 99685052
  • 99681948
  • 99681949
  • 99679188
  • 99679189
  • 99676421
  • 99676422
  • 99688368
  • 99688369
  • 99685051
  • 99685052
  • 99681948
  • 99681949
  • 99679188
  • 99679189
  • 99676421
  • 99676422
1

Teori Relevan Dan Penerapannya Dalam Bahasa Melayu

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Teori Relevan Dan Penerapannya Dalam Bahasa Melayu

Author: Hasmidar Hassan
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834938581
Weight: 424g
Pages: 354pp
Year: 2023
Price: RM60

Buku ini menghuraikan latar belakang pragmatik secara ringkas dan menjelaskan idea Teori Relevan yang dikemas kini olek Sperber dan Wilson pada tahun 1995 dengan rinci. Bab seterusnya pula merupakan penerapan teori ini dalam beberapa aspek bahasa, misalnya aspek nahu yang melibatkan kata hubung "dan" dan "tetapi", frasa anomali dalam ayat bahasa Melayu dan pola ayat keempat bahasa Melayu. Teori ini juga diterapkan dalam topik yang melibatkan penggunaan istilah perubatan dalam risalah kesihatan dan kesannya terhadap kebolehfahaman pembaca, penggunaan bentuk ucap selamat yang bersifat anomali, penginterpretasian peribahasa dan hubungannya dengan kemahiran berfikir dan aspek bahasa pantang larang yang digunakan oleh penutur Melayu.

Selain itu, idea teori ini juga diterapkan dalam analisis tentang penggunaan kata bantu ragam dalam terjemahan wacana politik dan terjemahan item bukan leksikal serta kesannya terhadap penginterpretasian pembaca. Dengan kata lain, buku ini membincangkan ciri 'relevan dan peranannya dalam komunikasi dan kognis manusia; kaedah alternatif bagi menghuraikan perbezaan eksplisit dan implisit; kewajaran teori ini dalam pemerian makna konseptual dan prosedur, serta penilaian semula makna prosedur berdasarkan penyelidikan terkini. Oleh yang demikian. buku ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh para pengkaji, khususnya para mahasiswa di universiti yang mengkhusus bidang linguistik dan pembaca umum yang berminat untuk menyelidiki bahasa dari perspektif pragmatik. Bacalah dan fahamilah inti pati teori ini dengan sebaik-baiknya