• 99688347
  • 99688348
  • 99685027
  • 99685028
  • 99681927
  • 99681928
  • 99679170
  • 99679171
  • 99676401
  • 99676402
  • 99688347
  • 99688348
  • 99685027
  • 99685028
  • 99681927
  • 99681928
  • 99679170
  • 99679171
  • 99676401
  • 99676402
1

Isu-Isu Gender: Perspektif Ulama Al-Azhar

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Isu-Isu Gender: Perspektif Ulama Al-Azhar

Author: Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Publisher: Intel Multimedia & Publications
ISBN: 9789832417477
Weight: 0.24 kg
Pages: 170 pp
Year: 2007
Price: RM15

PERSOALAN GENDER merupakan antara persoalan yang sukar dikupas. Kesukarannya bukan disebabkan kepayahan yang melingkari permasalahan tersebut, tetapi berpunca dari sensitiviti masyarakat terhadapnya. Terdapat perbincangan yang bersikap berat sebelah dengan meletakkan segala kelebihan berpihak kepada kaum lelaki. Pada masa yang sama wujudnya persepsi, sama ada di kalangan sebahagian kecil umat Islam, mahupun sebahagian kalangan non-Muslim, bahawa ajaran-ajaran yang terdapat di dalam Islam cenderung dilihat mendiskriminasikan kaum wanita, seolah-olah ajaran Islam selalu berpihak kepada kaum lelaki. Tambahan pula, dengan semakin ramai orang yang bercakap mengenai Islam dan mewakili pihak Islam, maka semakin kompleks pula persoalan gender ini.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila dicanang pendapat "nas al-Qur'an mungkin satu tetapi tafsiran terhadapnya boleh beribu. Nas al-Sunnah mungkin sahih, tetapi tafsirannya boleh berbagai..."

Buku ini cuba mencari jalan keluar terhadap persoalan ini. Perbincangannya bermula dengan menyingkap peranan wanita dalam paradigma feminisme Barat dan Tradisi Islam. Selanjutnya dikemukakan bagaimana Islam melihat persoalan-persoalan ini dengan nilai keadilan gender. Malah, perbincangan para sarjana Muslim yang tersohor tentang topik gender turut dimuatkan di dalam buku ini. Ada empat tokoh besar yang ditelurusi oleh penulis tentang minda mereka mengenai pemikiran gender di Mesir dan perkembangan di al-Azhar.

Tiga isu yang sering menjadikan perbincangan mengenai gender "panas" telah juga dikutip dan dibentangkan. Isu poligami, hak cerai isteri dan kepimpinan rumahtangga dikupas di dalam buku ini. Di sini para pembaca akan dapat melihat bagaimana para ulama berfikir. Usaha penulis bukan untuk menzahirkan kontradiksi antara sesama mereka tetapi untuk menunjukkan bagaimana perbincangan yang sihat sepatutnya berlaku dalam masyarakat umat Islam dalam menangani permasalahan yang sensitif seperti ini.