Pengaruh Kenderaan Terhadap Kualiti Udara Lembah Klang
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pengaruh Kenderaan Terhadap Kualiti Udara Lembah Klang
Author: Siti Haslina Mohd Shafie & Mastura Mahmud
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672511236
Weight: 0.34 kg
Pages: 228 pp
Year: 2020
Price: RM35
Pencemaran bandar dan masalah kemerosoton kualiti udara di Lembah Kiang khasnya Kuala Lumpur adalah berpunca daripada pelepasan bahan pencemar daripada lebih 17 juta unit kenderaan bermotor. Keadaan ini secara langsung memberi impak terhadap persekitaran, kesejahteraan dan kesihatan penduduk tempatan. Kenderaan persendirian iaitu motokar membebaskan zarah terampai sebanyak 214,427 kg setahun pada tahun 2014 berbanding hanya 176.407 kg setahun pada tahun 2010. Hal ini disebabkan berlakunya peningkatan jumlah kenderaan setiap tahun. Keadaan ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan jumlah gas karbon monoksida yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor. Gas karbon monoksida merupakan gas rumah hijau yang mempunyai kesan tak langsung kepada perubahan iklim. Peranan penduduk bandar dalam pengamalan gaya hidup hijau dan pemahaman mereka terhadap betapa bahayanya pencemaran udara daripada pengangkutan di bandar merupakan langkah yang harus diterapkan oleh pihak berkuasa dalam pencapaian Kuala Lumpur sebagai bandaraya rendah karbon.