Risiko Kemandulan Lelaki Akibat Pengambilan Perasa Tambahan Makanan yang Berlebihan: Potensi Pencegahan oleh Daun Jambu
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Risiko Kemandulan Lelaki Akibat Pengambilan Perasa Tambahan Makanan yang Berlebihan: Potensi Pencegahan oleh Daun Jambu
Author: Fatin Farhana Jubaidi, Siti Balkis Budin & Mahanem Mat Noor
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516064
Weight: 0.23 kg
Pages: 148 pp
Year: 2021
Price: RM30
Monosodium glutamat (MSG) merupakan bahan perasa tambahan makanan yang digunakan dengan meluas dalam proses penyediaan makanan daripada penyediaan makanan di rumah, jualan makanan secara komersial sehinggalah ke industri pemprosesan makanan. Penggunaan MSG semakin meningkat dan boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan yang terdapat di pasaran. MSG diketahui memberikan rasa yang istimewa kepada makanan yang dikenali sebagai umami. Selain kesan peningkatan perisa olehnya, MSG turut dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan termasuklah kepada kesihatan reproduktif lelaki yang seterusnya mempengaruhi ketidaksuburan. Kini peningkatan pengambilan MSG semakin ketara di kalangan masyarakat terutamanya akibat kecenderungan pengambilan makanan terproses. MSG didapati menyebabkan penurunan pada kesuburan lelaki dengan ketara melalui pengambilannya yang berterusan dan pada jumlah yang tinggi.
Justeru, buku ini memfokuskan kepada kesan MSG terhadap kerosakan sistem reproduktif lelaki terutamanya melalui kerosakan oksidatif terhadap organ reproduktif dan sperma. Oleh itu, kaedah bagi mencegah masalah ini perlu diteroka. Daun Psidium guajava atau lebih dikenali sebagai jambu batu didapati mengandungi kandungan sebatian fenolik yang tinggi yang menyumbang kepada keupayaannya dalam melawan peningkatan pada tekanan oksidatif. Kajian terkini mengenai ekstrak akueus daun P. guajava membuka lembaran baru bagi mengenalpasti potensinya dalam melindungi sistem reproduktif lelaki daripada kerosakan akibat pengambilan MSG. Dengan itu, buku ini mengupas potensi ekstrak akueus daun P. guajava dalam mencegah kerosakan pada sistem reproduktif yang berlaku akibat pengambilan MSG yang berpanjangan dan berlebihan.