Siri Bicara Perundangan: Malnutrisi Di Malaysia
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Siri Bicara Perundangan: Malnutrisi Di Malaysia
Author: Rabiatul Nur Hidayati Jalaludin Helmi & Muhamad Helmi Md. Said
Publisher: Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN: 9789834952945
Weight: 0.2 kg
Pages: 128 pp
Year: 2025
Price: RM30
Malaysia ialah negara demokrasi yang berdaulat, lengkap dengan sistem undang-undangnya yang tersendiri. Undang-undang Malaysia ialah satu kerangka perundangan yang komprehensif dan berdasarkan kepada gabungan sumber undang-undang seperti Perlembagaan Persekutuan, undang-undang bertulis dan keputusan Mahkamah. Undang-undang ini mencerminkan warisan undang-undang Inggeris dan sistem perundangan Islam, malah turut melibatkan unsur-unsur undang-undang adat tempatan. Sistem perundangan Malaysia membentuk asas pentadbiran keadilan di negara ini dan memberikan landasan bagi perlaksanaan hukuman dan perlindungan hak asasi manusia.
Situasi kesihatan dan penyakit di Malaysia ialah aspek penting yang berkait rapat dengan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Negara ini telah mencapai kemajuan dalam sektor kesihatan dengan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang merata di seluruh negara. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran kesihatan yang perlu diatasi, antaranya termasuklah penyakit kronik, penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dan isu kesihatan mental.
Turut terangkum ialah isu malnutrisi yang semakin meningkat, namun begitu tidak diberikan perhatian yang sewajarnya untuk merawat masalah kesihatan ini. Dengan memahami dan mengatasi cabaran ini, Malaysia dapat terus bergerak ke arah pembangunan kesihatan yang lebih berkesan dan inklusif, maka penulisan ini menekankan isu malnutrisi di Malaysia untuk lebih difahami oleh anggota masyarakat.