Covid-19 Kesejahteraan Hidup Semasa Norma Baharu, Isu Dan Solusi
- Regular price
- RM 53.00
- Sale price
- RM 53.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Covid-19 Kesejahteraan Hidup Semasa Norma Baharu, Isu Dan Solusi
Author: Abdul Rashid Abdul Aziz, SitiNubailah Mohd Yusof & Anita Abdul Rani
Publisher: UMP Press
ISBN: 9789672831334
Weight: 0.45 kg
Pages: 272 pp
Year: 2022
Price: RM40
Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia dan dunia menuntut masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, kekeluargaan dan sosial. Justeru, usaha bagi menyusun kembali norma individu, keluarga, organisasi dan masyarakat amat penting agar kelangsungan dan keseimbangan hidup boleh diteruskan secara lestari. Buku ini ditulis dengan menggabungkan buah fikiran, kepakaran serta pengalaman penyelidik dan ilmuan pelbagai bidang dalam merungkai setiap permasalahan yang wujud rentetan pandemik COVID-19 agar setiap individu mencapai kesejahteraan kendiri yang holistik. Buku edisi kedua ini merupakan kesinambungan wadah ilmu daripada buku edisi pertama yang menjelaskan kaedah penyelesaian dan penyesuaian dari peringkat individu, keluarga, organisasi dan masyarakat dalam menempuh cabaran COVID-19. Terdapat 12 bab yang menyentuh berkaitan dengan isu-isu semasa meliputi aspek psikologi dan pembangunan manusia, kesihatan mental, kekeluargaan, pendidikan, polisi dan pekerjaan, agama serta komuniti sejagat. Aspek kerohanian yang membantu individu mencapai keseimbangan diri semasa dilanda tekanan turut dikupas di dalam buku ini.